Monday, October 7, 2013

Selamat Menunaikan Haji 2013

Seramai lapan orang jemaah haji rakyat Malaysia akan berangkat mengerjakan ibadah haji dari Oman pada musim ini. Mereka adalah Puan Amizian Azlina & Encik Ahmad Kamel, Puan Roziana Ismail & Encik Nasarudin, Puan Joanna Soraya & Encik Rizal Zuhairi dan Puan Noor Epi Zaidah & Encik Mohd Fadel.


Puan Zaileha Japar bersama suami telah berbesar hati mengelolakan kenduri doa selamat di rumah mereka di Al Ansab kepada rakan-rakan jemaah pada malam Khamis, 3 Oktober 2013 baru ini. Majlis doa selamat ini telah dikendalikan oleh bapa kepada Puan Roziana Ismail.


Alhamdullilah, majlis ini telah berjalan lancar dengan dimulai solat jemaah Maghrib, bacaan yasin & tahlil serta disudahi dengan solat jemaah Isyak.



Ramai rakan-rakan telah hadir bersama dengan menyumbangkan makanan seperti lauk pauk dan kuih muih.

Jemaah Haji akan berangkat ke Madinah pada penerbangan jam 8.30 malam ini.

Perwakilan Muscat mengucapkan selamat menunaikan haji kepada rakan-rakan jemaah. Semoga mereka mendapat Haji yang mabrur, selamat pergi dan kembali.


No comments:

Post a Comment