
Pada tahun ini sebanyak 17 belas ekor kambing telah dikorbankan. Kambing-kambing ini disembelih di "Bausher Slaughterhouse" di mana kemudiannya dibawa ke Kediaman Rasmi Duta Besar untuk dilapah.
Aktiviti tahunan gotong royong melapah dan memotong daging ini bermula dari jam 8.30 pagi. Sebahagian daripada daging diambil untuk dimasak jamuan pada tengaharinya manakala sebahagiannya disedekahkan kepada yang memerlukan di kawasan Ghubrah.
Dianggarkan sebanyak 100 orang tetamu yang hadir pada Majlis Makan Tengahari Aidil Adha ini. Antara tetamu yang hadir adalah dari Saudi Arabia, UAE dan Kuwait.
Majlis yang meriah sambutan ini berakhir pada jam 3 petang. Selain kita dapat mengenangkan kebesaran Hari Raya ini, ia juga dapat merapat serta mengerat silaturrahim antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment