Thursday, November 14, 2013

Demonstrasi Masakan oleh Kedutaan Brunei

Muscat - 10 November 2013

Masakan Brunei adalah sangat mirip dengan masakan jirannya di Malaysia dan Indonesia. Ada sesetengah masakan atau kuih muih diberi nama yang sama kecuali mungkin ada sedikit perubahan dari segi rasa dan resepi.


Perwakilan Muscat telah berbesar hati menerima kunjungan Kedutaan Brunei ke Rumah Malaysia. Datin Hajjah Norbayura bte Hj Lamit iaitu isteri kepada Duta Besar Brunei di Muscat bersama teman beliau, Puan Hajjah Norsiah bte Hj Muhammad telah sudi meluangkan masa hadir untuk mengadakan demonstrasi masakan kepada ahli-ahli.


Puan Hajjah Norsiah telah berkongsi dua resepi masakan tradisional Brunei iaitu Bingka daging dan Pais udang. Bingka daging biasanya dihidangkan sebagai juadah minum petang dan di majlis kenduri kendara manakala Pais daging adalah sejenis lauk yang dihidang dan dimakan bersama nasi putih.


Demonstrasi masakan yang berlangsung selama hampir dua jam ini dirasakan berlalu pantas kerana kami ahli-ahli leka dengan segala tips dan petua yang diberi pada setiap proses untuk membuat juadah ini.

Lebih kurang 16 orang ahli termasuk Datin Musrifah hadir untuk mempelajari masakan tradisional Brunei ini. Perwakilan Muscat mengucapkan berbanyak terima kasih pada Kedutaan Brunei.

Resepi Bingka daging dan Pais Udang diboleh didapati dari blog Dari Dapur Muscat. Lebih banyak gambar di Perwakilan Muscat FB.

No comments:

Post a Comment