Menjadi Kebanggaan Satu Negara
Marilah Kita Semua Bersatu
Demi Tanah Tumpah Tercinta Malaysia
Bunga Raya bukanlah lagi asing bagi kita orang Malaysia. Ia telah
dinobatkan sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri ketika itu YTM
Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Julai 1960.
Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu, kembang sepatu
dan hibiscus rosa. Ia datang dari pelbagai warna seperti merah, merah jambu,
kuning dan putih.
Pemilihan bunga raya berwarna merah ini sebagai bunga
kebangsaan adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya dimana ia melambangkan
keteguhan politik dan ekonomi. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga
raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.
Kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk dan warna juga
melambangkan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan harmoni di Negara
tercinta ini.
Justeru itu Bunga Raya yang istimewa ini juga dipilih
sebagai gambar latar belakang blog ini. Bunga yang dikenali sebagai “Queen
Tropical Flowers” berwarna merah ini melambangkan sifat keberanian menempuh
cabaran untuk dijadikan dorongan dan semangat kepada ahli-ahli perwakilan.
Bunga raya tidak sahaja terdapat dan terkenal di Negara kita
malah ia juga boleh didapati di merata dunia dari spesis yang berlainan. Ia
juga digunakan sebagai lamabang Negara dan upacara keagamaan bagi sesetengah
Negara lain.
Ini memberi signifikan kepada kita rakyat Malaysia walau
dimana kita berada, bumi dipijak pasti tidak dilupa asal asul kita. Tanah air
Malaysia tetap dijiwa.
Warna merah juga melambangkan cinta, keberanian,
penghargaan, romantik dan kehangatan.
Segala sifat-sifat ini ada pada kita yang akan kita pupuk
bersama dalam melaksanakan tugas sebagai ahli-ahli perwakilan.
No comments:
Post a Comment