Friday, August 2, 2013

Rahsia Bunga Raya



Bunga Raya Kembang Sepatu
Menjadi Kebanggaan Satu Negara
Marilah Kita Semua Bersatu
Demi Tanah Tumpah Tercinta Malaysia

Bunga Raya bukanlah lagi asing bagi kita orang Malaysia. Ia telah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Julai 1960.

Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu, kembang sepatu dan hibiscus rosa. Ia datang dari pelbagai warna seperti merah, merah jambu, kuning dan putih.

Pemilihan bunga raya berwarna merah ini sebagai bunga kebangsaan adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.

Kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk dan warna juga melambangkan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan harmoni di Negara tercinta ini.

Justeru itu Bunga Raya yang istimewa ini juga dipilih sebagai gambar latar belakang blog ini. Bunga yang dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” berwarna merah ini melambangkan sifat keberanian menempuh cabaran untuk dijadikan dorongan dan semangat kepada ahli-ahli perwakilan.

Bunga raya tidak sahaja terdapat dan terkenal di Negara kita malah ia juga boleh didapati di merata dunia dari spesis yang berlainan. Ia juga digunakan sebagai lamabang Negara dan upacara keagamaan bagi sesetengah Negara lain.

Ini memberi signifikan kepada kita rakyat Malaysia walau dimana kita berada, bumi dipijak pasti tidak dilupa asal asul kita. Tanah air Malaysia tetap dijiwa.

Warna merah juga melambangkan cinta, keberanian, penghargaan, romantik dan kehangatan.

Segala sifat-sifat ini ada pada kita yang akan kita pupuk bersama dalam melaksanakan tugas sebagai ahli-ahli perwakilan.